Login

Register

Login

Register

Tentang Pembelian Dalam Talian di Kota Masai Shop

Apakah Pembelian Dalam Talian di Kota Masai Shop?

Pembelian Dalam Talian di Kota Masai Shop adalah perkhidmatan baru yang menarik daripada Kota Masai Shop. Perkhidmatan ini membolehkan anda memesan pelbagai rangkaian produk dari rumah, dan produk akan dihantar secara terus kepada anda pada masa yang sesuai bagi anda.

Di manakah kami melakukan penghantaran?

Perkhidmatan pembelian dalam talian kami kini tersedia di kawasan tertentu di Pasir Gudang. Hanya pengguna di dalam poskod yang disenaraikan sahaja dapat membeli dengan kami.

Bagaimanakah saya boleh mencari produk?

Terdapat 2 cara untuk mencari produk yang ingin anda beli:

  1. Anda boleh klik pada bahagian Kategori untuk mencari produk yang anda ingin cari
  2. Cari produk menggunakan kotak carian

Bagaimanakah saya boleh menambah dan mengubah produk dalam troli beli-belah saya?

Anda boleh menambah produk dari mana-mana bahagian di laman web menggunakan butang tambah.

Bergantung pada jenis produk, anda boleh menambahnya dalam troli anda mengikut kuantiti atau berat, dan sesetengah produk boleh ditambah sama ada:

  • Ditambah menurut kuantiti – tekan tambah untuk memasukkan satu ke dalam bakul anda, atau anda boleh menambah lebih daripada satu pada suatu masa dengan menggunakan kotak dan menekan tambah

Apakah langkah seterusnya selepas produk dimasukkan ke dalam troli beli-belah saya?

Sebaik sahaja anda selesai membeli-belah dan telah meletakkan semua produk yang anda ingini dalam troli anda, anda perlu lengkapkan tiga langkah mengesahkan pesanan (‘checkout’) untuk mengesahkan pesanan anda dan memilih butir-butir pembayaran anda.

Bilakah pembelian saya akan dihantar?

Anda perlu membuat pembelian di atas talian sehari sebelum tarikh ingin barangan itu dihantar. Terdapat 3 slot penghantaran pada waktu 11pagi-1tengah hari dan 3 slot penghantaran pada waktu 4petang-6petang. Kami berbuat demikian bagi memastikan barangan anda dihantar segera dan penghantaran tidak dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.

Apakah fungsi arahan penghantaran yang saya berikan?

Sebarang arahan penghantaran yang anda lengkapkan bagi suatu pesanan boleh membantu Pembantu Penghantaran Pelanggan mencari rumah atau flat anda. Misalnya, anda boleh memberikan nama penghuni utama, jika nama mereka dipaparkan di loceng, atau memberikan arahan jika alamat anda sukar dicari.

Apakah caj perkhidmatan?

Setelah anda membuat pesanan barangan anda di dalam talian, banyak langkah yang perlu kami laksanakan untuk menghantar barangan tersebut kepada anda.

Berapakah caj perkhidmatan?

Caj perkhidmatan akan dipaparkan dalam bahagian Checkout nanti. Anda boleh menyemaknya sebelum membuat bayaran. Caj perkhidmatan adalah berubah-ubah mengikut nilai pembelian.

Bagaimana untuk membuat pembayaran bagi barangan yang dibeli?

Kami tidak menerima wang tunai sebagai pembayaran untuk pembelian anda.

Apakah proses bagi pembayaran dalam talian?

Untuk membuat pembayaran dalam talian anda hendaklah memilih pilihan tersebut semasa proses mengesahkan pesanan (‘checkout’) dalam talian. Pembayaran adalah automatik ke bank pilihan pelanggan

Apakah jenis kad pembayaran yang boleh saya gunakan untuk membuat pembayaran?

Buat masa ini kami belum lagi menawarkan pembayaran melalui kad kredit/debit. Kami akan menambah perkhidmatan ini pada masa akan datang

Adakah pembayaran dalam talian selamat?

Ya, pembelian dalam talian dengan kami amat selamat. Semua butir-butir anda disimpan dengan selamat, termasuk semua butir-butir kad pembayaran. Butir-butir ini disimpan selaras dengan undang-undang dan disimpan sulit.

Bolehkah saya menggunakan kupon untuk pembelian dalam talian saya?

Pada masa ini apa-apa kupon  tidak dapat digunakan di laman web kami, tatapi kami sedang mengemaskinikan sistem kami agar dapat menerimanya di masa hadapan.

Jika saya tinggal di kondominium / pangsapuri / flat, adakah Pembantu Penghantaran Pelanggan akan menghantar ke pintu flat saya?

Pembantu Penghantaran Pelanggan kami akan menghantar ke pintu kondominium / pangsapuri / flat / rumah anda. Sesetengah kondominium menyekat kemasukan ke dalam bangunan atas sebab-sebab keselamatan, jadi agen Perkhidmatan Pelanggan kami akan menelefon anda untuk memungut pembelian di lobi apabila Pembantu Penghantaran Pelanggan tiba di alamat anda.

Bagaimana jika produk yang dipesan tiada?

Jika produk yang anda pesan tiada, anda akan ditawarkan melalui whatsapp produk alternatif, yang boleh anda terima atau tolak apabila barangan yang dibeli oleh anda dihantar.

Secara alternatif, jika pembantu beli-belah peribadi anda tidak dapat mencari alternatif yang sesuai bagi produk yang dipesan oleh anda, produk itu tidak akan dimasukkan ke dalam barangan yang dibeli oleh anda dan anda tidak akan dicaj untuk produk tersebut.

Bagaimana jika penghantaran terlewat?

Kami akan cuba sedaya upaya untuk menghubungi anda jika Pembantu Penghantaran kami terlewat. Walau bagaimanapun, jika kami tidak menghubungi anda, sila hubungi pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami.

Apakah yang patut saya lakukan jika ada produk yang tertinggal daripada barangan yang dibeli?

Jika ada produk yang tertinggal daripada barangan yang dibeli, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan di nombor di atas. Kami akan cuba membuat penggantian barangan dalam tempoh 48jam dan tiada caj perkhimatan akan dikenakan namun jika barangan belum dibayar,jumlah itu hendaklah dibayar semasa penghantaran.

Bolehkah saya memulangkan produk yang telah saya beli?

Jika anda tidak berpuas hati dengan mana-mana produk, tiada pemulangan dibenarkan. Kami telah berusaha sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk anda.